Monday 17 October 2016

Kunjungan Hormat ke Pengarah,Jabatan Belia dan Sukan - Kuala Lumpur

( wakil KLCA bersama En.Aziz Rahman, Pengarah Jabatan Belia & Sukan-KL )


Persatuan Catur Kuala Lumpur atau KLCA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan - Kuala Lumpur di pejabat beliau di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada hari pertama beliau melapor diri. Turut hadir adalah En.Marawi (Pengurus Kompleks Bkt. Kiara).


Tujuan kunjungan diadakan adalah untuk:
- Memperkenalkan KLCA kepada Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur;
- Menjalin kerjasama antara pihak Jabatan dan KLCA;
- Memaklumkan mengenai Kejohanan Tertutup Kuala Lumpur 2016 (KL Closed 2016) yang bakal        dianjurkan oleh KLCA;
dan,
- Bertukar maklumat mengenai Perkembangan terkini sukan secara am dan sukan catur secara khas.


KLCA diwakili oleh Dr.Zaidan Zulkipli (Presiden KLCA) dan En.Amirul Haji Mohamad (AJK KLCA).




No comments:

Post a Comment